MEMBINA JENAMA BUKU PENERBITAN ISLAM DI MALAYSIA; PENGALAMAN PENERBIT USIM
MEMBINA
JENAMA BUKU PENERBITAN ISLAM DI MALAYSIA; PENGALAMAN PENERBIT USIM
Oleh: Hariza Mohd Yusof, Penerbit USIM
Penerbit USIM
Mengisi Lohong Penerbitan Islam
Pada tahun lepas, sebanyak 17,967 judul buku baharu diterbitkan dan
USIM turut menjadi antara penyumbang
kepada jumlah penerbitan buku negara.
Walaupun kecil, ia merupakan sumbangan yang bermanafaat untuk
meningkatkan lagi jumlah penerbitan di Malaysia. Tahun 2015 menyaksikan Penerbit USIM telah menerbitkan sebanyak 62
judul buku. 80% daripada jumlah pernerbitan tersebut merupakan buku-buku yang
bertemakan ilmu Islam. Terbitan tahun-tahun sebelumnya juga, menunjukkan
dominasi penerbitan yang bercirikan skop
serta cabang ilmu Islam.
Penerbit USIM atau USIM Press merupakan entiti penerbit yang mempunyai kecenderungan dan struktur yang
tidak jauh bezanya dengan penerbitan universiti yang lain. Matlamat juga tidak tersimpang jauh iaitu
untuk menerbitkan buku-buku ilmiah bagi keperluan masyarakat umum. Kemunculan pertama
Penerbit USIM secara rasmi ialah pada tahun 2003 apabila ia ditubuhkan dengan
struktur unit yang paling kecil sebagai Unit Penerbitan. Dengan usaha dan tekad berterusan selama 13 tahun, Penerbit USIM merasa
bangga apabila berjaya menjadi antara penyumbang kepada penerbitan bahan ilmiah
bemaklumat dengan judul tertentu untuk manfaat ummah dan masyarakat keseluruhannya.
Apatah lagi banyak terbitan-terbitan kami berfokuskan kepada penerbitan Islam.
Penerbit USIM
ingin mengungguli penerbitan untuk memartabatkan ilmu-ilmu Islam serta mewarnai
dunia keilmuan Islam seperti zaman-zaman lampau. Tokoh-tokoh dalam dunia ilmu lampau
Islam menjadi ikon dalam merealisasikan hasrat kami. Cita-cita tinggi mengunung, bahkan melangit
tetapi itulah yang kami rancang dan juga kami impikan untuk menjadi rujukan di
peringkat kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa. Seperti apa yang
dikatakan oleh George Sarton, “Tugas utama kemanusiaan telah dicapai oleh
para Muslim”. Filosof terbaik, Al-Farabi adalah seorang Muslim. Matematikawan
terbaik Abul Kamil dan Ibn Sina adalah Muslim. Ahli geography (Ilmu
Bumi) dan ensiklopedia terbaik ialah Al-Masudi juga seorang Muslim dan
Al-Tabari ahli sejarah terbaik juga seorang Muslim.
Pembinaan Jenama Dengan Kepelbagaian Genre
Tahun
terbitan
|
Bilangan judul terbitan (buku)
|
Bilangan judul terbitan (jurnal)
|
2002
|
2
|
-
|
2003
|
7
|
1
|
2004
|
5
|
3
|
2005
|
20
|
1
|
2006
|
19
|
1
|
2007
|
22
|
1
|
2008
|
15
|
2
|
2009
|
15
|
2
|
2010
|
32
|
1
|
2011
|
52
|
3
|
2012
|
57
|
4
|
2013
|
82
|
2
|
2014
|
68
|
10
|
2015
|
62
|
5
|
Penerbitan
buku di USIM bermula pada tahun 2002 iaitu selepan 2 tahun penubuhannya. Cara
penerbitan dibentuk dan diurus selaras dengan pembentukan jenis universiti. USIM
merupakan universiti yang komprehensif. Oleh itu, tajuk-tajuk yangdilahirkan bukan terfokus kepada sesuatu bidang sahaja. Dua buku pertama berjaya diterbitkan hanya
selepas dua tahun USIM beroperasi. Tanpa menoleh belakang lagi penerbitan di USIM
diteruskan dengan giatnya sehinggalah sekarang.
Penerbitan di USIM bermula dengan tajuk-tajuk penerbitan dalam bidang
ilmiah, termasuk bidang Islam. Dengan
beberapa penstrukturan bagi tujuan memantapkan lagi pelan penerbitanya, ia dapat
membina jenama penerbitan tersendiri bagi melangkapkan evolusi penerbitan
ilmiah di Malaysia dan turut memberikan input kepada dunia penerbitan di
Malaysia. Dengan tajuk yang semakin meningkat, dasar penerbitan di USIM dibina
bagi meraikan ilmu-ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam genre ilmiah, tetapi
juga dalam genre yang lain seperti umum, kanak-kanak, penerbitan mewah, biografi,
autobiografi dan sebagainya.
Penjenamaan Dalam Pelbagai Bahasa
Uniknya
juga, penerbitan di USIM meraikan kepelbagaian bahasa yang dituturkan di
Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang ada. Bukan sekadar menumpukan kepada Bahasa Melayu
tetapi juga Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab.
USIM menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan utama dalam
beberapa pengajaran, tanpa meminggirkan penggunaan Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu yang digunakan sepenuhnya dalam kursus-kursus wajib universiti
serta dalam pentadbiran. Kelebihan tersebut digunakan untuk menerbitkan
buku-buku dalam tiga bahasa yang mempunyai audiens serta tenaga pakar yang tersendiri.
Oleh sebab itulah, jenama
Penerbitan USIM mempunyai kekuatan dan kelebihan tiga bahasa ini dalam bidang
penerbitan buku dan juga jurnal.
Jenama Penerbit
USIM Dalam Pelbagai Genre
Sebagai
institusi pengajian tinggi atau universiti awam (UA), USIM mendukung peranan
untuk menerbitkan buku-buku yang mempunyai unsur Islam merangkumi pelbagai
bidang. Sehingga kini, buku-buku yang diterbitkan majoritinya merupakan genre
penerbitan ilmiah meliputi pelbagai aspek.
Antara
bidang Islam yang menjadi tumpuan ialah pendidikan, bahasa, bidang Quran dan
Sunnah, syariah dan undang-undang, muamalat, kewangan Islam, fiqh munakahat,
siri-siri OKU, kaunseling Islam, pendidikan kanak-kanak, kepemimpinan, sains Islam,
pergigian, zakat, forensik, pemulihan dadah dan banyak lagi. Penerbitan tajuk-tajuk dalam pelbagai bidang memenuhi pelan strategik USIM bagi menjadi rujukan
di mana sahaja. Tajuk kewangan Islam dan kaunseling Islam misalnya menjadi
antara hot cake penerbit USIM.
Begitu juga dengan buku berkaitan siwak dan perigigian, darah dalam
sains kesihatan dan beberapa tajuk lagi merupakan antara buku-buku yang tidak
memisahkan ilmu-ilmu Islam yang sudah diterajui oleh masyarakat Islam
sebenarnya.
Dalam menerbitkan buku-buku bertemakan Islam, penerbit USIM tidak
meminggirkan genre-genre lain. Dasar
penerbitan USIM turut memberi ruang kepada penerbitan lain seperti siri
penerbitan kanak-kanak, tema umum dan
juga tema popular. genre lain yang agak dominan banyak di USIM ialah siri
penerbitan kanak-kanak. Apa yang membezakan karya kanak-kanak di USIM dengan
penerbit lain ialah semua penulis yang menulis buku ini merupakan kanak-kanak
sendiri. Mereka merupakan pelajar pintar
yang belajar di Kolej Permata Insan di USIM.
Hingga kini ada lebih 70 tajuk
siri penerbitan kanak-kanak yang telah berada di pasaran dan menerima sambutan
yang baik kalangan pembaca. Proses penulisan mereka dibimbing dengan teliti oleh
para penyelia supaya ada elemen yang menjadikan karya mereka lain daripada yang
lain dan sudah tentulah ia tidak mengenepikan nilai-nilai moral dan pendidikan Islam yang tinggi.
Kisah-kisah yang ditulis sarat dengan sirah, tadabbur dan pengajaran
bagi memberikan impak kepada pembaca.
Mungkin bukan yang karya terbaik dalam genre kanak-kanak berbanding dengan
penerbit-penerbit yang telah mantap, tetapi sumbangan ini telah menambahkan nilai
keislaman dalam penerbitan Islam.
Antara penerbitan dalam genre ini ialah:
|
Pembinaan Jenama Dalam Penerbitan Buku Biografi dan Autobiografi
Penerbitan
Islam di USIM juga meliputi penerbitan dalam buku-buku biografi dan
autobiografi yang mengetengahkan tokoh-tokoh Islam di Malaysia dan juga
antarabangsa. Penerbitan siri ini amat penting bagi mengisi ruang rujukan yang
amat penting bagi generasi masa depan. Salah satu kekurangan dalam penerbitan di
Malaysia ialah ramai tokoh ilmuwan Islam yang tidak dikhabarkan dan didokumentasikan
untuk menjadi rujukan pada masa hadapan. Walaupun banyak karya biografi yang mengetengahkan
tokoh korporat, politik dan sebagainya tetapi tidak banyak buku tentang tokoh-tokoh
ini ditulis. Lebih khusus, penerbitan
buku-buku ini dipilih kalangan tokoh ilmuwann yang banyak jasanya dan sumbangan
kepada Malaysia. Mereka seperti unsung
hero yang kurang didendangkan.
Antara tokoh-tokoh yang pernah diterbitkan ialah:
Menerajui Buku-Bukuintegrasi Aqli dan Naqli;
Sebagai sebuah universiti Islam yang berteraskan
aqli dan naqli, buku-buku genre tersebut menjadi tumpuan utama untuk diterbitkan. Proses ini bermula seawal masa untuk membina
mansukrip yang berkaitan dalam bidang tujahan masing-masing. Seperti yang ditunjukkan di atas, tahun 2016 merupakan tahun yang penting bagi USIM sebagai institusi yang mahu dirujuk di
peringkat serantau dan dalam dunia penerbitan, kami berusaha untuk mencari
rakan strategik dalam kolabarasi penerbitan buku.
Sehingga kini terdapat lebih 50 tajuk yang diterbitkan di bawah
projek integrasi buku ini. Antaranya ialah:
Membina jenama penerbitan dalam rakan stategik
Sebagai entiti penerbitan ilmiah, penerbit USIM perlu bekerja kuat
untuk merealisasikan “keberadaan” kami dalam dunia penerbitan. Apabila lahir pada tahun 2003, kami masih
baharu dibandingkan dengan penerbit-penerbit univesiti yang sudah mantap
seperti penerbit UM, UKM, UPM, USM, UUM dan yang lain. Begitu juga jika hendak
dibandingkan dengan institusi lain seperti DBP, ITBM dan sebagainya, siapalah
kami, pendek kata duduk tidak sama rendah, kalau hendak berdiri pun
tidak sama tinggi. Penerbit USIM juga bukan penerbit swasta yang boleh
menerbitkan bahan terbitan yang lebih bersifat komersial atau buku-buku popular seperti novel-novel cinta.
Tajuk-tajuk
Penerbit USIM merupakan tajuk yang kurang memberi pulangan tinggi dan segera dari
aspek komersial kerana penerbitan kami atas dasar menrayatkan ilmu serta menyebarluaskan ilmu dalam bidang kajian yang telah dilaksanakan. Kajian-kajian yang dilakukan diterbitkan
untuk dikongsi oleh masyarakat. Namun
begitu, ia bukan alasan untuk tidak memasuki pasran global dan juga domestik.
Sesetengah tajuk yang diterbitkan, memang mempunyai kadar pulangan yang memberangsangkan
dan menguntungkan. Tajuk-tajuk ini
dicetak ulang beberapa kali malah mendapat pulangan modal yang agak baik.
Oleh
itu, salah satu cara ialah dengan mencari rakan stategik di peringkat kebangsaan,
dan juga antarabangsa. Kerjasama stategik ini perlu bagi meningkatkan ROI, serta
keberadaaan penerbit USIM agar kewujudan kami disedari dan diberi kepercayaan. Kerjasama strategik ini dijalankan melalui
kolabrasi penerbitan dalam bentuk MoA, MoU dan juga LoI dengan mana-mana institusi supaya
kerancakan kami dalam kancah penerbitan terus diberi perhatian. Keuntungan dari segi komersial atau pulangan
modal harus dijadikan sasaran yang bukan utama. Antara kerjasama strategik yang
pernah diusahakan dan sedang bergiat berjalan ialah dengan UPNM, DBP,
Perbadanan Kota Buku dan juga ITBM.
Kolabarasi
dengan pelbagai institusi ini telah memberikan kelebihan untuk penerbit USIM memperkenalkan
diri dengan lebih mampan lagi. Ibarat
menumpang nama dengan mereka yang sudah gah, tempiasnya turut dirasai oleh penerbit
USIM dalam persada penerbitan lokal. DBP, ITBM contohnya sudah mempunyai
reputasi yang amat baik dalam dunia penerbitan.
Mereka ini kami jadikan idola untuk menceduk sedikit ilmu bagi memantapkan
lagi jenama kami dalam dunia penerbitan.
Ibarat sambil menyelam sambal minum air.
Malah kolaborasi dengan Takushouku University
and Malaysia Japan Association di Jepun telah mendatangkan hasil apabila edisi
kedua buku ini siap dicetak bukan sahaja permintaan yang menggalakkan tiba dari
negara Jepun, malah sudah memasuki pasaran atas talian Amazon.
Bagi edisi kedua pula, kami menerima rakan strategik baharu iaitu
penerbit Hotaka yang memberi kepercayaan
tersebut kepada kami.
Jenama
ini kami kembangkan dan gandingkan di Jerman apabila kami menerima kepercayaan
dari University Goithe of Frankfurt untuk menerbitkan buku. Tidak ketinggalan
juga dengan beberapa kerjasama yang menjurus kepada penjualan rights kepada
penerbit di luar negara. Penerbit Rosdakarya
dari Indoneisa, al-Manhal dari Jordan, dan EBSCO merupakan antara rakan
starategik yang dibina bagi meneruskan misi penjenamaan Penerbit USIM. Impaknya, sudah ada hasil apabila buku-buku melaui al-Manhal dijual di Amazon, jurmal-jurnal kami dilanggan
oleh pembaca-pembaca dari Timur Tengah.
Selain daripada nama Penerbit USIM, hasil royalti turut diperoleh
daripada hubungan strategik ini,
Penjenamaan dalam Pengiktirafan
Meniti
tangga kejayaan dengan jumlah penerbitan yang memberangsangkan, tidak dinafikan
bahawa banyak penerbitan mementingkan kualiti.
Setiap tahun, sasaran penerbitan disasarkan sama ada dari segi kuantiti
dan juga kualiti. Seiring dengan
kuantiti, kualiti turut menjadi taruhan bagi memberikan imej yang mantap dalam jenama Penerbit USIM. Beberapa anugerah serta pengiktirafan yang diperoleh
sama ada di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa adalah salah satu
strategi bagi memantapkan lagi penjenamaan Penerbit USIM. Antara pengiktirafan
yang pernah diterima ialah anugerah buku terbaik sains sosial, anugerah buku
suntingan terbaik, angerah buku terbaik undang-undang dan beberapa anugerah
lagi yang membuktikan kami boleh bersiap siaga dalam kancah penerbitan. Penerbit USIM juga turut menerima tajaan
untuk sebagai guest listener di Jordan, duta buku Business Club
di Frankfurt Book Fair dan sebagainya antara bagaimana jenama dalam
bidang penerbitan dikukuhkan dan dimantapkan.
Jenama Penerbit dalam Pengurusan Penerbitan
Pengurusan
penerbitan dalam organisasi sering dipandang ringan dan ramai mengikut arus
atau flow yang sedia ada.
Mengikut arus tanpa penambahbaikan hanya melahirkan struktur organisasi yang sama tanpa ada rasa ingin
maju ke hadapan dan memberikan nilai tambah kepada penerbit supaya menjadi yang
terbaik kalangan terbaik dan menonjol antara yang tertonjol. Inilah yang
dilakukan oleh Penerbit USIM untuk mendapatkan jenama dalam pengurusan
penerbitan sehingga mendapat tempat kalangan institusi lain sebagai tempat
rujuk dan juga pakar rujuk. Penerbit
USIM tidak lokek mencambah minda dan idea apabila dijemput untuk memberikan
input-input kepada institusi-institusi lain, malah menerima permohonan untuk
menempatkan staf penerbitan mereka sebagai latihan sangkutan dan melihat amalan
terbaik kami sama ada di peringkat kebangsaan atau serantau.
Penutup
Dalam
tempoh 13 tahun, pengalaman yang dikutip memberikan pengajaran dan ilmu untuk menghasilkan
jenama Penerbit USIM yang tersendiri
dalam penerbitan buku-buku bercirikan penerbitan Islam. Dalam tempoh tersebut, pelbagai rencah;
pahit maung sudah dirasai, dan proses pembelajaran ini masih berterusan
sehingga kini. Proses membina jenama bukan perkara yang senang, kerja kuat
semua pasukan dalam pelbagai bentuk diperlukan dan tidak boleh sesekali menjadi
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Apatah lagi Penerbit USIM menggalas tanggungjawab sebagai salah salah satu
institusi penerbit Islam.
Lampiran;
Buku Penerbit USIM dipasarkan dalam Amazon.com:
No comments: