Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu Ke-7 2016
Pada 22 September 2016, Yayasan
Pembangunan Buku Negara (YPBN) telah menghadiri Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu (MPM) ke-7 2016 yang dirasmikan oleh Y.B. Dato Seri Hamzah
Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan. Persidangan berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, membincangkan pembangunan masyarakat Melayu
dan pembentangan laporan tahunan MPM bagi penggal ke-6.
Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu Ke-7
2016 ini menjadi salah satu platform bagi memperkasa agenda pembangunan buku
yang diperjuangkan YPBN untuk kebaikan negara. Antara hasrat YPBN adalah mendapat
sokongan sebaiknya bagi merealisasikan matlamat negara ke arah mencapai wawasan
sebuah negara maju menjelang 2020.
Antara strategi yang dirangka adalah menggalakkan
penglibatan seramai mungkin masyarakat Melayu itu sendiri terutamanya generasi
muda, remaja dan belia untuk menulis dan menerbitkan buku dan ebook di era
digital dan globalisasi ini. Pihak YPBN yakin dengan sokongan padu NGO-NGO yang
terlibat dalam MPM dapat membantu meluaskan lagi kesedaran dikalangan
masyarakat tentang kepentingan penulisan dan penerbitan buku demi kemajuan
bangsa, agama dan negara.
Logo baharu MPM turut dilancarkan oleh Y.B. Dato Seri Hamzah Zainudin sebelum pembentangan laporan tahunan bagi penggal ke-6 diadakan. Persidangan yang bermula jam 10:30 pagi berakhir
pada 3:00 petang dengan hasrat meneruskan perjuangan agenda utama MPM iaitu “sebagai
penggerak agenda bina bangsa Melayu sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah berilmu dan
bertamadun”.
No comments: