Anugerah Buku Negara
Setiap tahun pelbagai majlis penganugerahan
dianjurkan di Malaysia dan yang paling banyak adalah dari industri muzik dan
hiburan. Amat kurang atau jarang sekali anugerah diberikan kepada warga
penggerak industri perbukuan negara.
“penulis patutlah diberikan galakan seperti hadiah-hadiah penulisan. Dalam konteks ini galakan patut diberikan kepada kumpulan (Persatuan Penulis, Persatuan Penterjemah, Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah Dan Universiti) untuk menganjurkan hadiah-hadiah penulisan pelbagai rupa. Disamping itu, Majlis Buku Kebangsaan sendiri patut melengkapi hadiah-hadiah yang telah sedia ada.”Perkara 2 (C), Tenaga Penulis Tempatan, Dasar Buku Negara.
Berpadanan dengan petikan 2(C), Tenaga Penulis
Tempatan, dalam Dasar Buku Negara sudah tiba masanya satu majlis penganugerahan
wajar dianjurkan bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan warga kerja di
sebalik tabir industry perbukuan Malaysia.
Setidak-tidaknya motivasi serta moral mereka juga
meningkat bagi menghasilkan penerbitan dan buku yang berkualiti standing dengan
buku import yang memenuhi pasaran dan perpustakaan tempatan.
Objektif Anugerah Buku Negara
1 Mengiktiraf serta menghargai warga kerja di
sebalik tabir aktiviti penerbitan buku.
2 Memberi suntikan semangat kepada pemain industry sebagai
galakan untuk terus menghasilkan buku yang berkualiti dan tidak tertumpu kepada
buku-buku komersil.
3 Menjadi platform kepada masyarakat umumnya
mengenai penulis, pelukis, pereka grafik, jurufoto dan ramai lagi yang bekerja
serta menimbulkan minat memilih kerjaya dalam industri penerbitan buku.
No comments: