Mesyuarat YPBN – UPM Bil. 3 : Ekspo Industri Kreatif 2016
Mesyuarat Ekspo Industri Kreatif 2016 antara
Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah
diadakan pada 27 September 2016 di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan
dan inovasi), UPM. Merupakan mesyuarat ke-3 diadakan bagi membincangkan perancangan dan persiapan Ekspo Industri Kreatif 2016 yang bakal berlangsung bersama
Ekspo Buku Malaysia 2016 pada 14-18 Disember 2016 di PWTC.
Ekspo Industri Kreatif 2016 bakal mengetengahkan
kepentingan industri kreatif kepada masyarakat dalam pembangunan negara ke arah
sebuah negara maju. UPM merupakan institusi pengajian tinggi yang berpengalaman,
mendasari industri kreatif negara melalui penyelidikan sains, inovasi rekacipta
dan hakcipta intelek. Platform kerjasama jangka panjang yang strategik demi
memartabatkan industri kreatif negara setaraf piawaian antarabangsa.
UPM akan mengetengahkan inovasi dan penyelidikan
berkaitan industri kreatif negara ke pengetahuan ramai dalam Ekspo Industri
Kreatif 2016. Antara pengisian lain sepanjang ekspo berlangsung adalah sesi
perasmian, forum dan pameran hasil pembangunan UPM dalam industri kreatif
bersama syarikat kolaborasi PSP - Putra Science Park yang bergiat dalam industri kreatif di
Malaysia.
Mesyuarat turut membincangkan rancangan kerjasama
jangka panjang antara YPBN dan UPM dalam membangunkan Akademi Buku Malaysia dengan
kemudahan prasarana pembelajaran berserta eko-sistem persekitaran yang dapat
dimanfaatkan untuk penyelidikan sains dan inovasi bertaraf dunia. Ia secara
tidak langsung dapat melonjakkan paradigma dalam memartabatkan buku sebagai
platform rujukan akademik, kajiselidik dan memperkasa lanskap industri kreatif
negara agar terus berdaya maju.
No comments: