ANUGERAH BUKU NEGARA 2017
ANUGERAH BUKU NEGARA 2017
Tarikh: 2 Mei 2017
Tempat: Pacific
Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
1.0
RASIONAL
1.1
Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) yang
menujah iltizam dan aspirasi memaju industri buku negara, sentiasa meletakkan
kepentingan bidang penerbitan pada tahap tinggi dalam rangka merakyatkan produk
yang dihasilkan. Kepentingan ini dilihat oleh YPBN berasaskan kesedaran bahawa
bidang penerbitan merupakan elemen yang mempunyai peranan signifikan dalam
usaha memandaikan generasi masa hadapan - ke arah memastikan badan bukan
kerajaan di Malaysia dapat turut berperanan memenuhi hasrat kerajaan menjadi
negara maju.
1.2
Pada ketika ini, pengiktirafan bagi bidang
penerbitan menerusi pemberian anugerah mula mendapat perhatian yang lebih baik
daripada pelbagai pihak. Antara anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah
Akademik Negara oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Anugerah MAPIM oleh Majlis
Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Anugerah Sastera Malaysia Perdana oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia oleh
Persatuan Matematik Malaysia.
1.3
Anugerah Buku Negara (ABN) merupakan salah
satu laluan bagi membolehkan penggerak industri buku negara mempertandingkan
terbitan mereka dalam Anugerah Akademik Negara atau mana-mana penganjuran
anugerah yang lebih berprestij.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi
pengiktirafan kepada penggerak industri buku atas komitmen dan usaha gigih
memajukan industri buku negara.
2.2
Mengiktiraf serta menghargai warga kerja di
sebalik tabir yang menjadi penggerak menjalankan aktiviti penerbitan buku dan
sekaligus bagi turut sama berperanan memaju dan memperkasa arena industri buku
negara.
2.3
Memberi suntikan semangat kepada pemain
industri sebagai galakan dan daya saing untuk terus menghasilkan buku yang
berkualiti.
2.4
Menjadi platform kepada masyarakat umumnya
mengenali penulis, penterjemah, penyunting, pembaca pruf, pelukis grafik,
jurufoto, pengindeks sekaligus membenih dan menimbulkan minat memilih kerjaya
yang tercakup dalam rantaian industri buku negara.
3.0
KAEDAH PELAKSANAAN
Berdasarkan kepada pengalaman dan kejayaan penganjuran ABN yang lalu, aspek
struktur organisasi, garis panduan kriteria penilaian, proses pencalonan,
belanjawan, pelaksanaan, keputusan dan penyampaian anugerah dilaksanakan
seperti berikut:
3.1
Struktur Organisasi
3.1.1
Dalam merealisasikan hasrat menganjurkan ABN 2017,
YPBN mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Induk ABN 2017.
3.1.2
Di bawah Jawatankuasa
Induk ABN ini terdapat sebuah Urus
Setia, sebuah Jawatankuasa Majlis
Penyampaian Anugerah ABN 2017 dan sebuah Jawatankuasa Panel Penilai ABN 2017.
3.1.3
Di bawah Jawatankuasa
Panel Penilai ABN 2017 terdapat
empat jawatankuasa, iaitu JK Panel Penilai Anugerah Perdana, JK Panel
Penilai Anugerah Pengajian Tinggi, JK Panel Penilai Anugerah Industri Buku
dan JK Panel Penilai Anugerah
Telenovela.
3.1.4
Jawatankuasa Majlis Penyampaian Anugerah
dibentuk untuk menguruskan majlis penganugerahan.
3.1.5
Urus Setia dibentuk untuk membantu Jawatankuasa Induk ABN 2017 dan
Jawatankuasa Panel Penilai ABN 2017 .
3.1.6
Manakala pembentukan Jawatankuasa Panel Penilai ABN 2017 serta empat panel penilai berfungsi
menilai, memilih dan memperakukan karya yang bakal memenangi anugerah.
3.2
Kategori ABN
Penganjuran ABN merujuk perkara 3.1 di atas, mencadangkan empat kategori induk
anugerah bakal diberikan bagi tahun 2017.
Anugerah tersebut ialah Anugerah Perdana, Anugerah Pengajian Tinggi, Anugerah
Industri Buku dan Anugerah Telenovela. Butiran kategori bagi setiap anugerah
adalah seperti di bawah:
3.2.1
Anugerah Perdana
(i)
Tokoh Buku Negara
(ii)
Tokoh Penerbit Negara
3.2.2
Anugerah Pengajian Tinggi
(i)
Buku
Sains dan Teknologi Terbaik
(ii)
Buku
Sains Sosial Terbaik
(iii)
Buku
Sains Politik Terbaik
(iv)
Buku
Seni dan Kreativiti Terbaik
(v)
Buku
Terjemahan Terbaik
(vi)
Buku
Biografi Terbaik
(vii)
Buku
Islamik Terbaik
(viii)
Buku
Perubatan Terbaik
(ix)
Buku
Matematik terbaik
(x)
Buku
Ilmiah Popular
3.2.3
Anugerah Industri Buku
(i)
Buku Kanak-Kanak Terbaik
(ii)
Buku Remaja Terbaik
(iii)
Buku Umum Terbaik (Mengikut bidang)
(iv)
Buku Mewah Terbaik
(v)
Naskhah Jilid Terbaik
(vi)
Judul Terlaris
(vii)
Novel Terbaik
(viii)
Novelis Terbaik
(ix)
Novelis Prolifik
(x)
Novelis Harapan
(xi)
Penerbit Buku Bahasa Cina Terbaik
(xii)
Penerbit Buku Bahasa Tamil Terbaik
(xiii)
Illustrator Terbaik
(xiv)
Editor Terbaik
(xv)
Rangkaian Kedai Buku Terbaik
3.2.4
Anugerah Telenovela
(i)
Novelis Terbaik
(ii)
Novel Terbaik
(iii)
Telenovela Terbaik
(iv)
Penerbit Novel Terbaik
(v)
Penerbit Telenovela Terbaik
(vi)
Penuis Skrip Telenovela Terbaik
(vii)
Pengarah Telenovela Terbaik
(viii) Pelakon
Lelaki Terbaik
(ix)
Pelakon Wanita Terbaik
(x)
Lagu Tema Terbaik
(xi)
5 Hadiah Khas Juri (Tokoh Telenovela, Novel Popular, Telenovela
Popular, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular)
3.3
Syarat Umum Pencalonan ABN
(i)
Permohonan
ABN dibuka kepada warganegara Malaysia dan
warganegara lain.
(ii)
Permohonan
semua kategori ABN terbuka kepada semua individu yang ada kaitannya dengan
industri buku di dalam dan di luar negara.
(iii)
Bagi
ABN Kategori Anugerah Pengajian Tinggi, calon hendaklah dalam kalangan ahli
MAPIM atau IPT Swasta atau Institusi Penyelidikan Malaysia yang sedang
berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripadanya di
institusi itu pada tahun dinilai.
(iv)
Bagi
kategori Anugerah Pengajian Tinggi dan kategori Anugerah Industri Buku, apabila
terdapat pemenang yang pengarangnya lebih daripada satu, hanya pengarang
pertama sahaja menerima hadiah.
(v)
Semua
borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan
bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan
dipertimbangkan.
(vi)
Setiap pencalonan hendaklah ditandatangan oleh Pengarah
Syarikat/Pengarah Penerbit/Ketua Penerbit, dan Naib Canselor/Rektor/Ketua
Pengarah atau wakilnya.
(vii)
Setiap penerbit/institusi layak mengemukakan satu
pencalonan bagi setiap kategori anugerah. Karya hendaklah yang terbaik dan telah
menjalani proses penilaian, saringan kualiti peringkat dalam sesebuah penerbit/institusi.
(viii)
Pencalonan hendaklah disertakan dengan sepuluh
(10) naskhah buku berkenaan dan CD/VCD lengkap telenovela bagi Kategori
Anugerah Telenovela. Semua naskhah ini tidak akan dikembalikan.
(ix)
Setiap buku yang dicalonkan mestilah diterbitkan dalam
tahun 2016 dan 2017 sahaja.
(x)
Bagi Kategori Anugerah Telenovela, setiap telenovela
mestilah ditayangkan dalam tahun 2016 sahaja.
(xi)
Sekiranya
terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, Panel ABN berhak untuk menarik
balik anugerah.
(xii)
Ahli
Jawatankuasa Panel Penilai tidak boleh menjadi calon ABN bagi semua kategori ABN
pada tahun yang dinilai.
(xiii)
Keputusan
Panel ABN adalah muktamad
3.4 Terbitan yang tidak layak dicalonkan dalam kategori
ini adalah:
(i)
Tesis atau Disertasi
(ii)
Manual
(iii)
Modul
(iv)
Buku teks (buku teks yang digunakan di sekolah/IPT)
(v)
Buku kerja
(vi)
Carta
(vii)
Piawai
(viii)
Prosiding
(ix)
Himpunan rencana tanpa pendahuluan yang menautkan
persoalan kajian atau tema dalam buku.
(x)
Garis panduan.
(xi)
Festschrift
(xii)
Siri Syarahan Umum
(xiii)
Monograf
Muat turun Borang:
> Borang Penyertaan Bahan Bacaan Untuk Penilaian Buku Negara 2017
> Borang Penyertaan Bahan Bacaan Untuk Penilaian Buku Negara 2017
( Kategori Anugerah Pengajian Tinggi)
> Borang Pencalonan Anugerah Telenovela
> Borang Persetujuan Pencalonan Anugerah Telenovela 2017
Muat turun Borang:
> Borang Penyertaan Bahan Bacaan Untuk Penilaian Buku Negara 2017
> Borang Penyertaan Bahan Bacaan Untuk Penilaian Buku Negara 2017
( Kategori Anugerah Pengajian Tinggi)
> Borang Pencalonan Anugerah Telenovela
> Borang Persetujuan Pencalonan Anugerah Telenovela 2017
No comments: