PENGHASILAN KARYA ILMIAH: ANTARA TUNTUTAN KERJAYA DAN TANGGUNGJAWAB AKADEMIK?
PENGHASILAN KARYA ILMIAH: ANTARA TUNTUTAN
KERJAYA DAN TANGGUNGJAWAB AKADEMIK?
Oleh:
Wan
Suhaimi Wan Abdullah
Pusat
Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS),
UTM
Kuala Lumpur
Demikianlah tradisi yang ada dan didokong oleh para ilmuwan Islam zaman berzaman. Tradisi ini masih diusahakan keberterusannya oleh segelintir ilmuwan semasa, kalaupun bukan semuanya, yang sedar akan tanggungjawab memperjuang dan menghidupkan ilmu dan kefahaman yang tepat dan benar serta menyebarkannya dengan hasil pena mereka. Karya-karya ilmuwan sebegini biasanya tidak jemu ditelaah oleh pembacanya, bahkan mereka senantiasa menanti-nantikan kemunculan penerbitan karya terkini ilmuwan-ilmuwan tersebut. Siapa yang tidak mengetahui misalnya reputasi keilmuwan dan karya-karya Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Wan Mohd Nor Wan Daud dari tokoh-tokoh di Malaysia, atau tokoh seperti Yusuf al-Qaradawi, Seyyed Hossein Nasr dan Muhammad `Imarah dari luar Malaysia. Masing-masing mereka ini ada peminat dan pendokong tersendiri.
Berbalik kepada topik perbincangan di sini, mungkin boleh dilontarkan kembali apa sebenarnya dorongan dan tradisi berkarya yang ada dalam dunia ilmu dan keilmuwan kini? Para ilmuwan kini, yang mana penulisan dan penghasilan karya bermutu dan bermisi—yang sememangnya dan sepatutnya menjadi tanggungjawab bahkan kewajiban mereka—apakah mereka masih berfahaman dan mendokong tradisi pengkaryaan di atas, sekurang-kurangnya bagi mereka yang dalam bidang Pengajian Islam? Atau apakah mereka kini sudah mula kabur dengan tradisi ini ekoran pelbagai perkembangan polisi dan kekeliruan hala tuju yang banyak mengubah persepsi para pengkarya kini? Apakah polisi “Publish or Perish”[1] atau tuntutan
KPI di universiti
sahaja yang diambilkira dan menghantui para ilmuwan dalam aktiviti pengkaryaan
mereka kini? Apakah polisi yang memaksa ini, yang turut mengandung unsur-unsur
ugutan, yang akhirnya mengundang fenomena berlumba-lumba menerbitkan penulisan
yang hebat dari segi kuantiti dan hiasan kulitnya tapi hambar dari segi kualiti
isinya, fenomena menerbitkan makalah dalam jurnal-jurnal luar yang dinilai
hanya para kuantiti petikan dan bukan kualitinya, fenomena pensyarah yang hanya
bersemangat dan bermati-matian berkarya sebelum memperolehi M.A. dan PhD,
sebelum menjawat jawatan ‘Profesor Madya’ atau ‘Profesor’ dan seterusnya
bersara dari menyumbangkan hasil
penanya setelah mencapai gelaran tersebut? Kesan dan akibat negatif dari polisi
dan gejala sebegini memang benar dalam banyak keadaan. Namun, pastinya ini
bukanlah satu-satunya persepsi, fahaman dan akibat yang secara langsung lahir
dari polisi dan gejala di atas. Sebaliknya, aspek positif dari isu ini patut
dibahaskan dengan mengetengahkan persoalan tanggungjawab pensyarah dalam
berkarya dan bukannya isu ‘ugutan’ perjawatan. Ini di samping perbincangan
tentang masalah hakiki yang dihadapi oleh para ilmuwan dalam aktiviti berkarya.
Dengan itu sikap yang lebih adil boleh diketengahkan dalam dilemma sebegini,
supaya nanti motivasi untuk berkarya tidak dimatikan oleh
polisi-polisi yang sempit, dan dalam masa yang sama misi dan kualiti karya
dapat dijamin, tanpa sangat memperhitungkan kuantitinya.
Tanggungjawab Ilmiah Dalam Berkarya
Apabila seseorang itu menceburi bidang dan alam
ilmu serta memilih profesyen pensyarah sebagai kerjayanya atau berminat untuk
menjadi penulis, salah satu niat mulia yang sepatutnya ditanam ialah untuk
mendokong dan mengembangkan bidang ilmu pengetahuan yang dikuasai jika dia
adalah seorang pensyarah, atau menyebarkan mesej-mesej
tertentu melalui penulisan jika dia seorang penulis. Misi ini sememangnya tidak
dapat direalisasikan melainkan dengan mendalami dan mengikuti perkembangan
semasa ilmu atau isu serta masalah-masalah berkaitan secara berterusan, turut
serta dalam perbincangan ilmu melalui penyelidikan dan seminar, seterusnya
mendokumentasikan hasil dapatan terkini untuk ditelaah oleh ahli dan penuntut
yang terpanggil untuk turut menyertai perkembangan ilmu tersebut[1].
[1] Lihat tentang elimen-elimen dan faktor-faktor penting dalam gerakan
dan aktiviti penulisan dalam Hamid Tahir, ‘Harakat al-Ta’lif fi al-`Alam al-`Arabi al-Mu`asir’, dalam Dirasat `Arabiyyah
wa Islamiyyah, No. 5, 1986, h.48-51, seterusnya
disebut sebagai Harakah.
Demikian, proses ini
berterusan dari satu generasi ke generasi dan keberterusan inilah yang akan
memastikan bidang ilmu tersebut tetap relevan dan terus bertahan dalam persada
intelektual manusia. Apa yang penting disedari di sini ialah pada setiap
peringkat dan proses di atas sama ada di peringkat mendalami ilmu pengetahuan, menyertai
perbincangan ilmu, mahupun mendokumentasikan hasil dapatan, semuanya melibatkan
hasil karya dan pengkaryaan. Ini secara jelas menunjukkan betapa pengkaryaan dan
hasil karya adalah suatu yang asasi dalam proses mendokong dan mengembangkan
ilmu pengetahuan dan ia adalah suatu tanggungjawab ilmiah yang perlu ditunaikan oleh
setiap ilmuan demi ilmu itu sendiri dan bukan semata-mata kerana penyahut
‘ugutan’ dan tuntutan perjawatan.
Dalam tradisi Islam, aktiviti penulisan,
pendokumentasian dan pengkaryaan bermula seawal kedatangan Islam. Latar
belakang kebudayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang terkenal
dengan tradisi pengkaryaan dan penulisan syair dilihat sebagai antara hikmat
kenapa al-Qur’an diturunkan dalam ungkapan dan bahasa yang tinggi dan unik
mengalahkan koleksi-koleksi syair di zaman Jahiliyyah[1].
Walaupun secara
[1] Sudah menjadi tradisi bangsa Arab di Semenanjung Tanah Arab ketika
itu mengagung-agungkan karya-karya sastera bermutu yang dihasilkan oleh para
penyair. Karya-karya hebat sasterawan Arab seperti `Amr al-Qays, Zuhayr dan
al-Nabighah diberikan pengiktirafan dengan menggantungnya di Kaabah untuk
tatapan ramai, lihat Jurji Zidan, Tarikh Adab al-Lughat al-`Arabiyyah, Kaherah: Dar
al-Hilal, t.t., J. 1: h. 91-116. Walau bagaimanapun, setelah al-Qur’an
diturunkan ternyata keagungan karya-karya ini bukan sahaja tidak mampu
mengatasi al-Qur’an, sama ada dari aspek bahasa mahupun kandungannya, malah
untuk menyamainya pun tidak mungkin. Al-Qur’an sendiri ada mencabar manusia dan
Jin, dengan cabaran yang berterusan sehingga Hari Kiamat, agar didatangkan
suatu yang sama dengan al-Qur’an jika mereka tidak meyakini bahawa al-Qur’an
itu diturunkan oleh Allah SWT dan bukannya karya Nabi Muhammad s.a.w. Ini jelas
dalam ayat Surah al-Isra’, (17: 88) yang bermaksud: “Katakanlah:
‘Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk mendatangkan yang serupa
al-Qur’an ini, nescaya mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengan
dia, sekalipun sesetengah mereka menjadi pembantu bagi sesetengah yang lain”
dan Surah Yunus, (10: 38-39) yang bermaksud: “Atau (patutkah) mereka
mengatakan: ‘Muhammad membuat-buatnya (iaitu al-Qur’an)’. Katakanlah: ‘Kalau
benar apa yang kamu katakan itu, maka cubalah datangkan sebuah surah
seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya)
selain Allah jika kamu orang-orang yang benar”.
[1] Lihat kenyataan al-Ghazali tentang kedudukan dan keperluan mempelajari
seni tulisan dalam konteks kefarduan menuntut ilmu amnya dalam ‘Kitab al-‘Ilm’
dari Ihya ‘Ulum al-Din, Jeddah: Dar al-Minhaj, 2011, j.1: h. 65.
[2] Dalam Surah al-`Alaq, (96: 1-4), Allah SWT berfirman
maksudnya: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha
Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantara pena”.
[1] Lihat tentang sejarah pencatatan, pengumpulan dan penulisan
al-Qur’an misalnya dalam Manna` al-Qattan, Mabahith fi `Ulum al-Qur’an, Beirut: Mu’assasah al-Risalah,
1998, cet. 23, h. 118-134.
[2] Lihat tentang tradisi pendokumentasian hadith-hadith Nabi s.a.w.
yang dilakukan oleh para Sahabat r.a. dalam Muhammad Mustafa al-A`zami, Studies
in Early Hadith Literature, Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, 2000, chapter
2-3.
sejarah dan tinggalan
warisan karya-karya agung ilmuwan Islam sepanjang zaman dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan yang sehingga kini masih penting dan relevan untuk bacaan dan
renungan generasi demi generasi, bukan sahaja oleh masyarakat Islam namun turut
diakui oleh para orientalis Barat[1].
[1] Sekadar menyebut contoh beberapa nama pengkarya agung dalam sejarah
keilmuan Islam, kita dengar tokoh-tokoh seperti al-Ash`ari,
al-Baqilani, al-Juwayni, al-Ghazali dan al-Razi dalam bidang akidah atau ilmu kalam, al-Malik, al-Syafe`i,
Abu Hanifah, Ibn Hanbal dan al-Nawawi dalam bidang feqah, al-Tusi, al-Qushairi,
al-Rumi dan Ibn `Arabi dalam bidang tasawuf, al-Tabari, al-Baidawi, Ibn Kathir dan al-Suyuti dalam bidang tafsir al-Qur’an, al-Bukhari,
Muslim, Abu Dawud dan al-Tirmidhi dalam bidang hadith, Ibn Miskawayh dan Ibn Khaldun
dalam bidang sejarah, al-Farabi, Ibn Sina, al-Biruni, Ibn Haitham, Abu Bakr al-Razi, al-Khawarizmi dan Ibn Rushd dalam pelbagai bidang falsafah dan sains.
[1] Haji Khalifah dalam muqadimah kitabnya Kashf al-Zunun
ada menggariskan bahawa pengkaryaan dan penulisan
boleh dibahagikan kepada tujuh kategori; pertama, mengemukakan suatu yang belum
pernah dikemukakan sebelum ini; kedua, menyempurnakan apa yang kurang sebelum
ini; ketiga, memperjelaskan apa yang tak jelas; keempat, meringkaskan apa yang
panjang meleret tanpa menjejaskan kandungan asasnya; kelima, menghimpunkan
segala maklumat yang bertaburan; keenam, menyusun kembali maklumat yang tidak
tersusun dan ketujuh, memperbetulkan sebarang kesilapan dalam karya-karya
terdahulu, dinukilkan dari Hamid Tahir, Harakah, h. 56.
Masalah Hakiki Alam Pengkaryaan Akademik
Perbincangan bahagian pertama di atas
mendedahkan setidak-tidaknya betapa penulisan dan pengkaryaan itu penting dan
tidak patut diabaikan oleh mana-mana individu yang bergelar pensyarah dan
ilmuwan. Walaupun begitu, matlamat akhir yang seharusnya terhasil ekoran dari kesedaran
ini agak sukar direalisasikan. Namun, sebagaimana yang dinyatakan di awal
perbincangan, memang diakui terdapat individu-individu ilmuwan yang sedar dan
berjaya membuktikan betapa aktiviti penulisan dan pengkaryaan mereka bukanlah
berasaskan tuntutan perjawatan semata-mata namun lahir dari keikhlasan dan
tanggungjawab ilmiah yang tinggi. Bagi golongan ini, yang peratusannya amat
kecil berbanding jumlah pensyarah dan ilmuwan yang menghuni universiti dan
institusi ilmu di Malaysia, mereka juga pasti ada masalah dan halangannya
tersendiri. Aspek inilah yang akan cuba dibicarakan dalam bahagian kedua
perbincangan ini, iaitu aspek masalah hakiki alam pengkaryaan akademik.
Secara
amnya, masalah hakiki alam pengkaryaan akademik ini pada hemat penulis boleh
dibahagikan kepada dua bentuk masalah; masalah yang berkait langsung
dengan diri ilmuwan itu sendiri dan masalah yang melibatkan pihak lain selain
dari pengkarya.
Masalah pertama di atas berkait
rapat dengan persediaan ilmu pengetahuan, intelektual dan motivasi ilmuwan itu
sendiri. Masalah ini tiada jalan penyelesaiannya melainkan dengan inisiatif
ilmuwan berkenaan mempersiap dan memperlengkapkan diri mereka dengan segala keperluan
dan persediaan asas tersebut. Persediaan dari aspek motivasi pastinya tidak
menjadi masalah sekiranya kesedaran yang diketengahkan dalam perbincangan
bahagian pertama di atas dapat dipastikan dan dihayati oleh setiap ilmuwan.
Manakala aspek ilmu dan intelektual, bukan hanya sekadar kelulusan ilmiah M.A.
dan Ph.D., ia juga sepatutnya dimiliki oleh setiap pensyarah dan ilmuwan kerana
itu adalah antara syarat asas untuk mereka digelar ‘Sarjana’ dan ‘Ilmuwan’. Mereka
setidak-tidaknya perlu mempunyai cukup potensi untuk digilapkan walaupun
mungkin tidak semua mampu atau bersedia mengusahakannya secara konsisten.
Manakala masalah kedua yang melibatkan pihak
selain ilmuwan, ia lebih sukar diatasi. Isu yang biasa timbul di sini antaranya
adalah; siapakah yang akan menerbitkan hasil pena akademik ilmuwan itu? Penerbit
yang bagaimanakah yang sepatutnya menerbitkan
hasil pena ilmiah sebegini? Apakah kriteria penerbit yang baik? Apakah neraca bagi
sesuatu manuskrip itu dipertimbangkan untuk penerbitan? Siapakah yang
sepatutnya menilai dan memperakui kelayakan sesuatu karya itu diterbitkan?
Siapakah sasaran pembaca yang ditujui? Apakah pendekatan perbincangan, metode,
gaya bahasa, kualiti kertas dan solekan kulit karya yang akan diterbitkan?
Banyak persoalan timbul berkaitan
masalah kedua ini dan kesemuanya tidak mungkin dapat diperkatakan secara
terperinci di sini. Namun, dua perkara dari isu-isu di atas dirasakan amat perlu
diketengahkan dalam usaha mengurangkan dilemma pensyarah dan ilmuwan yang berkarya
terutama dalam konteks setempat. Pertama isu berkaitan penerbit dan kedua ialah
isu kualiti dan penilai hasil karya yang akan diterbit.
[1] Lihat tentang hubungan psitif pengkarya dan penerbit serta peranan
yang sepatutnya dimainkan oleh penerbit dalam Hamid Tahir, Harakah, h. 48-50.
menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena
dengan reputasi penerbit-penerbit universiti tersebut.
Di
samping itu, persoalan kualiti dan tatacara penilaian sesuatu hasil karya perlu
dikemaskinikan. Apakah neraca yang sepatutnya digunakan? Persepsi yang kita
ketahui kini—khususnya dalam konteks WABAK UNIVERSITI MENGEJAR PENARAFAN
ANTARABANGSA kini—ialah bahawa penerbit luar negara sentiasa atau umumnya
dianggap lebih baik dan lebih ‘antarabangsa’ berbanding penerbit dalam negara.
Artikel yang disiarkan dalam jurnal yang dikategorikan sebagai antarabangsa
dianggap lebih berautoriti dari jurnal tempatan. Karya dalam bahasa asing
dianggap lebih hebat dari karya berbahasa ibunda. Penulis-penulis dari luar
kadang-kadang lebih disanjungi hatta dalam bidang-bidang milik sendiri seperti
bidang kesusasteraan, sejarah dan ilmu-ilmu Melayu dan Islam. Neraca-neraca
ini, di samping tidak begitu objektif nilainya dan penuh dengan kerenah-kerenah
yang tidak sihat[1],
ia boleh mempengaruhi gerakan pengkaryaan ilmuwan tempatan. Hakikat bahawa
sesetengah karya-karya dari luar, yang dihasilkan oleh penulis-
[1] Lihat artikel oleh Brad Harrub dan Bert Thompson, ‘The Politics of
Publish or Perish’ dalam http://www.apologeticspress.org/inthe
news/2003/itn-03-1.htm dan Margot Finn, ‘Publish, Don’t Perish: Submitting
Research Articles to Refereed Journals’ dalam http://www.margonfinn,publish,dn’tperish.htm
penulis luar, yang banyak yang mengelirukan
dari segi fakta dan kandungannya[1]
patut dijadikan dorongan dan inspirasi ke arah mengusaha dan memantapkan
penerbit-penerbit tempatan yang sememangnya mampu menjamin kualiti kandungan
dan persembahan lahiriahnya. Tambahan lagi, kualiti zahir yang dikemukakan oleh
penerbit luar tidaklah begitu hebat berbanding hasilan yang mampu dihasilkan
oleh penerbit tempatan, bahkan tidak dinafikan bahawa ada penerbit-penerbit
tempatan yang mampu menghasilkan kualiti zahir yang setanding dengan kos yang
lebih murah.
Seterusnya, persepsi-persepsi negatif terhadap keupayaan
penerbit-penerbit tempatan dan bahasa ibunda sebagai medium karya ilmiah tahap
tinggi patut dinilai dan diperbetulkan. Apatah lagi, jika dilihat pada tujuan
yang paling terutama kita berkarya adalah demi umat dan bangsa kita sendiri, jadi
usaha merealisasikan tujuan sebegini adalah agak sukar sekiranya bangsa sendiri
terpaksa membayar dengan harga yang mahal
[1] Para penulis biasanya tidak mampu keluar sepenuhnya dari
latarbelakang kehidupan dan budaya setempat. Oleh yang demikian, dalam
bidang-bidang seperti pengajian Melayu dan Islam, fahaman dan tafsiran yang
dikemukakan oleh ‘orang luar’ jarang menepati apa yang sebenarnya berlaku dan
dilalui oleh bangsa dan masyarakat asalnya. Hasilnya jika fahaman dan tafsiran
‘orang luar’ yang dihidangkan untuk tatapan pembaca kita, dibimbangi bukan
sahaja masalah sebenar umat tersebut tidak dapat ditangani sewajarnya, bahkan
kekeliruan baru yang tidak pernah wujud atau terfikir, yang dikemukakan hasil
sejarah dan latarbelakang asing, memburukkan lagi keadaan.
untuk memiliki dan
memahami hasil karya bangsanya yang diterbit di luar negara dalam bahasa asing[1].
Faktor ini juga mempengaruhi sikap dan minat membaca di kalangan masyarakat
umum yang sehingga kini masih di tahap membimbangkan, tahap yang sama sekali
tidak akan membantu perkembangan kemajuan bangsa dan negara yang diimpikan.
Fenomena ini juga memberi kesan langsung kepada industri penerbitan dan tidak akan
menggalakan lagi aktiviti pengkaryaan.
Kesimpulan
Penghasilan karya sebagai suatu mekanisme
pendokongan dan penyebaran ilmu pengetahuan bukanlah suatu yang mudah
diusahakan, namun kepentingannya tidak dapat dinafikan. Kuantiti dan kualiti
sumbangan ilmiah yang serius adalah pengukur kemajuan ilmu dan intelektual
sesuatu bangsa. Oleh itu, apapun persepsi yang dikaitkan dengan polisi ‘Publish
or
[1] Sebagai penjelasan suka dinyatakan bahawa ramai di kalangan
ahli-ahli akademik Islam, samada dari kalangan berbangsa Melayu mahupun bukan
Melayu, yang bertungkus lumus melakukan penyelidikan di peringkat Sarjana dan
Doktor Falsafah di universiti-universiti di Barat menerbitkan hasil kajian
mereka di sana. Kesannya masyarakat tempatan jarang mendapat manfaat dari penyelidikan
dan penerbitan tersebut kerana tidak mengetahui tentang penerbitan tersebut
atau jika diketahui sekalipun harganya adalah terlalu mahal dan agak sukar
memperolehinya.
Perish’ atau ‘Paksaan
KPI’ yang umumnya menghantui para akademia kini, tidak sepatutnya menjadi alasan
dan halangan kepada mana-mana ilmuwan untuk terus menyumbang pemikiran dalam
pelbagai bentuk penulisan, selagi mana mereka sedar akan tanggungjawab hakiki
mereka dalam bidang ilmu. Segala halangan, samada yang berkaitan persepsi
mahupun realiti, hendaklah diusahakan pembasmiannya agar ia tidak mengganggu
kelicinan perjuangan memartabatkan ilmu dan membangunkan intelektual ummah.
Pensyarah khususnya perlu bermotivasi menggilap potensi ilmiah dan intelektual
yang dimiliki dan patut meletakkan sekurang-kurangnya suatu sasaran minimum
untuk menyumbang kepada kemajuan bidang ilmu yang dikuasainya dan menyalurkan
dapatan positifnya untuk pembangunan ummah. Ini semua akan dapat disalurkan
antaranya melalui penulisan dan pengkaryaan.
No comments: